SELAMAT DATANG

09 July 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KRT FELDA ULU TEBRAU KALI KE-4

                                 
                                              
                              Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT, En.Md.Rabu b. Kamat





HARGAILAH KEMERDEKAAN INI

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci


08 July 2011

Program Hari Keluarga KRT Felda Ulu Tebrau Tahun 2011

           Program Hari Keluarga KRT Felda Ulu Tebrau telah dijayakan mulai dari 25 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011. Program Hari Keluarga KRT ini telah diadakan di Dewan Raya Felda Ulu Tebrau.Ahli Jawatankuasa KRT yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
           Pelbagai acara telah dijalankan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,pertandingan sukaneka untuk kaum ibu,pertandingan futsal dan banyak lagi.
           Kemuncak aktiviti ialah kehadiran tetamu khas iaitu Penghulu Mukim Tebrau En.Zakaria b. Yahya,yang sudi datang dan merasmikan program .Turut hadir ialah Ketua Kampung Felda Ulu Tebrau, Tn.Hj.Abd.Jalil b. Hj.Sahlan Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran tuan-tuan sekalian dan tidak lupa juga kepada En. Rozaidi bin Ikhwan .Seterusnya tetamu dan para hadirin yang hadir telah dijamu dengan pelbagai makanan seperti daging,ayam,udang yang kesemuanya dimasak ala-ala BBQ.
          Kami AJK KRT begitu berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh semua pihak. Walau bagaimanapun jika ada sebarang kekurangan kami memohon maaf dan akan cuba memperbaikinya pada masa akan datang.

Aktiviti Semasa