SELAMAT DATANG

21 June 2010

GAMBAR-GAMBAR AKITIVITI SAMBUTAN ULANG TAHUN KRT KALI KE-4

Ahli Jiran Wanita sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bagi majlis kenduri kesyukuran  ulang tahun KRT Felda Ulu Tebrau kali ke-4.







Kelihatan En.Md.Rabu dan  Ajk sedang berbincang tentang persiapan untuk majlis kenduri kesyukuran.




Kejiranan Wanita sibuk mengisi juadah untuk dibawa pulang. Bungkus jangan tak bungkus.




Majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah Pengerusi KRT,En.Md.Rabu b. Kamat telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.Tahniah ! Teruskan usaha yang baik ini.Jumpa lagi tahun depan.Insya Allah.


14 June 2010

Surat-surat penghargaan dan makluman

Sijil Anugerah Rukun Tetangga Daerah Johor Bahru 2010










Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan













Surat Kelulusan tapak bangunan KRT Felda Ulu Tebrau

08 June 2010

Ulangtahun KRT Felda Ulu Tebrau ke-4

Pengumuman kepada warga Felda Ulu Tebrau....
Ulangtahun KRT Felda Ulu Tebrau kali ke-4 daerah Johor Bahru akan diadakan pada :
  • Tarikh : 18, 19 dan 20 Jun 2010
  • Tempat : Padang Awam Felda Ulu Tebrau
Program ini akan dirasmikan oleh wakil rakyat ADUN puteri wangsa,  YB Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Sulaiman

Pelbagai aktiviti yang menarik dianjurkan untuk warga Felda Ulu Tebrau seperti :
  • Mewarna
  • Gubahan
  • Karaoke
  • Gusti lengan
  • Tiket Cabutan Bertuah
  • Persembahan Kebudayaan
Pelbagai hadiah menarik boleh dibawa pulang...........
SILALAH DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KRT KE-4 FELDA ULU TEBRAU


Majlis Penyerahan Kad Kuasa

Majlis penyerahan kad kuasa dari wakil balai polis Taman Setia Indah kepada ahli KRT Felda Ulu Tebrau yang dilantik seramai 38 orang pada bulan April 2010

Carta Organisasi KRT Felda Ulu Tebrau

30 March 2010

Bergambar sempena sambutan ulang tahun KRT Felda Ulu Tebrau kali ke 3



Operasi menangkap penagih dadah di dalam ladang.


















Majlis Ramah Mesra Pihak Polis dengan KRT Felda Ulu Tebrau


MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN PIHAK POLIS.

03 March 2010

Logo Rukun Tetangga



Bulatan Besar

Bulatan besar menggambarkan rakyat negara Malaysia sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna

Biru - Bermuafakat dan bersatu padu

Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab

Bulatan Kecil Warna Merah

Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRTFUT 

Aktiviti Semasa